Najib: Silap Besar Jika Cina Percaya Dakwaan ‘Tsunami Melayu’ DAP


KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina melakukan kesilapan jika mempercayai DAP yang mendakwa akan berlaku gelombang orang Melayu melawan kerajaan dalam kempen parti itu terhadap MCA dan Gerakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata dakwaan “Tsunami Melayu” itu cuma tipu daya dalam strategi DAP terhadap masyarakat Cina itu sendiri, kerana penolakan terhadap MCA dan Gerakan akan menjejaskan perwakilan kaum itu dalam kerajaan.

“Saya boleh beri jaminan kepada anda tidak akan ada tsunami Melayu dalam menentang kerajaan. Strategi itu untuk menjejaskan masyarakat Cina kerana kita memerlukan wakil Cina dalam kerajaan,” katanya semasa merasmikan Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Kuen Cheng kelmarin.

Pakatan Harapan sebelum ini memberi amaran “Tsunami Melayu” yang akan menolak Barisan Nasional akan berlaku PRU14 nanti.

Pembangkang mengharapkan peralihan sokongan orang Melayu untuk menawan seberapa banyak kerusi-kerusi majoriti Melayu di pinggir dan luar bandar, selepas meyakini sokongan masyarakat Cina kepadanya pada pilihan raya nanti.

Di kerusi-kerusi yang disandang pimpinan tertinggi parti lawan, DAP meletakkan heavyweight Ketua DAP Johor Liew Chin Tong untuk menentang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen Ayer Hitam, dan Ketua DAP Perak untuk menentang Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di Parlimen Teluk Intan.

Najib berkata masyarakat Cina, yang membentuk 23% daripada penduduk Malaysia, perlukan perwakilan yang lebih kuat dalam kerajaan BN kerana hanya 6% Ahli Parlimen berketurunan Cina menyokong kerajaan.

“Itu bukan kestabilan untuk jangka masa panjang. MCA, Gerakan dan parti lain bekerja keras menyokong kerajaan dan membantu komuniti Cina,” katanya.

Sumber: FMT

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com