Najib Lebih Banyak Tumpu Kebajikan Rakyat Berbanding Kormesil Mahathir


Zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih banyak membuat kebajikan untuk kesejahteraan rakyat daripada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka yang berada pada era Dr. Mahathir tidak boleh menafikannya.

Elaun bulanan kepada pegawai masjid termasuk tidak dipedulikan,  begitu juga bantuan-bantuan terus kepada rakyat berpendapatan rendah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan khas kepada pesawah, penoreh dan nelayan. 

Itu belum lagi bantuan-bantuan kepada peniaga kecil dan -usahawan serta golongan pelajar dan belia, ibu tunggal selain kenaikan gaji dan elaun kepada penjawat awam.

'Imam masjid dulu hanya dapat upah akad nikah RM40, tetapi sekarang mereka dapat elaun bulanan hingga lebih  RM1,200,'' kata veteran UMNO, Sheikh Nek Ali Nek Ahmad. . 

Oleh yang demikian, kata Nek Ali adalah  tidak sewajar sesiapa pun termasuk Dr. mahathir untuk mendakwa pemberian bantuan kepada rakyat itu sebagai 'dedak dan rasuah' kerana menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga kebajikan semua rakyat.

Begitu juga bantuan wang untuk mengerjakan haji daripada kerajaan, Dr. Mahathir tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya sebagai ibadat tidak sah atau tidak mambrur dan sebagainya.

Peru diingat, tidak semua umat Islam mampu menunaikan haji kerana tiada kemampuan kewangan termasuk mereka yang miskin.

Sheikh Nek Ali, 70 yang juga bekas pegawai jabatan agama Islam dan penceramah itu berkata, Dr. Mahathir bagaimanapun lebih banyak membantu golongan korporat dan syarikat besar seperti Perwaja dan MAS, di mana kedua syarikat itu mengalami kerugian.

Mengenai hasutan pembangkang  kononnya rakyat menderita akibat kenaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana pelaksanaaan GST beliau menyatakan peningkatan harga barang tetap akan berlaku jika pembangkang yang memerintah.

Kenaikan barang berlaku sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir hingga sekarang dan ia turut berlaku di seluruh dunia.

Dalam konteks di Malaysia kerajaan mempunyai kaedah untuk mengawalnya dan dalam masa yang sama pendapatan rakyat juga termasuk penjawat awam telah ditingkatkan pada zaman pentadbiran Najib..-  Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com