Najib Hargai Pengorbanan Pesawah Berbanding Mahathir


Lebih 3,000 pesawah di negara tidak pernah terfikir kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak akan memberikan bantuan khas RM600 untuk tiga bulan sementara mereka menunggu hasil tuaian.

Malah bantuan khas itu  akan ditambah jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara.

Bantuan langsung itu diberi sebagai menghargai jasa golongan pesawah dalam meningkatkan sektor pertanian negara selain mengurangkan bebanan hidup mereka sementara menunggu padi dijual.

Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berkenaan untuk meringankan beban pesawah.

Seperti yang dijanjikan bantuan khas pesawah itu telah ditunaikan mulai bulan Mac lalu.

Selain itu pelbagai bantuan dan insentif disalurkan kepada golongan berkenaan termasuh subsidi padi yang berjumlah RM1.69 bilion bagi 2018 dan subsidi baja bernilai RM465 juta.

Namun bantuan terus seperti itu tidak pernah berlaku pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun bekas perdana menteri itu anak Kedah, negeri pengeluar beras yang mempunyai paling ramai pesawah di negara ini.

Dr. Mahathir pada era pentadibran beliau lebih banyak menumpukan kepada sektor industri pembuatan dan projek-projek mega.

Dalam erti kata lain, kehidupan pesawah tidak begitu dipedulikan oleh Dr. Mahathir walaupun golongan itu merupakan penyumbang kepada makanan asas negara.

Walaupun begitu tidak dinafikan pesawah juga menerima subsidi hasil jualan pada dan bantuan baja oleh kerajaan BN.

Najib melihat jerih payah dan keringat yang dicurahkan oleh  penanam padi kerana usaha itu adalah berlainan daripada pekerjaan lain seperti nelayan dan penoreh yang memperoleh pendapatan pada setiap hari.

Pada pelancaran bantuan kepada golongan pesawah itu, Perdana Menteri memilih 'negeri jelapang padi' sebagai lokasi pelancaran bagi menyampai insentif khas itu.

Kedah akan kekal sebagai negeri pertanian dan penyumbang beras utama kepada penduduk  negara. Dalam hal ini pengorbanan golongan pesawah tetap diingati oleh Najib.

Bagi golongan pesawah pula, bantuan khas untuk tiga bulan sebelum menunggu hasil padi itu cukup bermakna buat mereka walaupun tidak banyak seperti mana bantuan bulana yang diterima oleh golongan nelayan.

Namun mereka menunggu untuk bantuan tambahan selanjutnya seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com