Najib Bangun Bukit Kayu Hitam, Tebus Janji Palsu Mahathir Di Kubang Pasu


Lebih 20 tahun penduduk Kedah, khususnya mereka yang tinggal di Kubang Pasu untuk menanti projek pembangunan perindustrian Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam.

Projek mega itu dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga ahli Parlimen Kubang Pasu.

Namun projek ikonik Kedah di pintu masuk utama sempadan Malaysia- Thailand yang dijanjikan Dr. Mahathir selepas PRU 1995 itu tidak muncul-muncul sehingga pemimpin itu bersara.

Janji 'kosong' Dr. Mahathir itu membuktikan beliau tidak begitu serius untuk membantu kehidupan penduduk Kubang Pasu yang menyokongnya selama lebih 22 tahun menjadi ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Namun demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah 'menebus' janji Dr. Mahathir itu dengan melaksanakan penubuhan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.

Projek itu  terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ia merupakan pengganti projek pembangunan perindustrian Kota Perdana yang pernah dijanjikan oleh Dr. Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau dan rakyat di Kubang Pasu masih ingat janji pemimpin tersebut yang kononnya mahu membangunkan tanah seluas 3,000 hektar di Bukit Kayu Hitam yang dibeli daripada sebuah kumpulan ladang.

"Rakyat di sini menanti-nanti Kota Perdana menjadi kenyataan, tapi malangnya sehinggalah dia bersara, projek itu tidak jadi.

Malah yang lebih sedih mereka yang bekerja di ladang hilang pekerjaan kerana ladang telah dijual kepada syarikat swasta yang kononnya mahu membangunkan projek itu," katanya, memetik laporan wartawan Bernama negeri ini.

Mohd Johari yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berkata demikian kepada selepas melancarkan Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah peringkat Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Jitra semalam.

Menurut Johari  perancangan, bandar perindustrian Kota Perdana yang membabitkan kos RM3 bilion disasarkan siap sepenuhnya pada 2010 selain dijangka menarik pelaburan RM20 bilion dan menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.

SBEZ, sebuah  bebas cukai kedua di negeri ini selepas Pulau Langkawi akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti hotel, perumahan, pusat beli-belah dan sekolah yang diunjur mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara jiran.

Projek itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-17 di Putrajaya baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri.

"Penduduk yang ada di kawasan itu akan menikmati barangan bebas cukai dan kita harap perkara ini akan kita bangunkan segera kerana kita nak selain daripada Pulau Langkawi ada satu lagi kawasan bebas cukai yang berada di tanah besar," kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com