Musibat Punya Perangai Pemandu Berhenti Mengejut Tengah Highway!


GARA-GARA sebuah kereta berhenti mengejut di lebuhraya, dua buah lori treler mengalami kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Mac lalu di Lebuhraya Changchun-Shenzen di wilayah Zhejiang, China, insiden cemas yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan pemandu kereta sedan terbabit berhenti secara tiba-tiba hanya kerana mahu memasuki susur keluar ke kanan.

Tindakannya tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan makanan terpaksa melakukan brek kecemasan dan mengelak ke kanan sebelum terbalik di lorong kecemasan.

Tidak berapa lama selepas itu, sebuah lagi lori yang dipandu di lorong kiri juga terkejut melihat kenderaan itu sedaya upaya memberhentikan kenderaannya dan nyaris melanggar kereta tersebut.

Pemandu kereta itu kemudian dilihat meneruskan perjalanannya dan meninggalkan lokasi kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta terbabit lantas menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen tempatan yang meminta agar pihak berkuasa melakukan siasatan segera bagi mengecam individu terbabit.  – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com