Mula-Mula Suruh Urut, Lepas Tu Ustaz Tu Liwat Pelajar Tahfiz


PUSAT tahfiz sudah semestinya menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran dalam ilmu agama dan kerohanian.

Namun sejak kebelakangan banyak pula isu berbangkit termasuk kebakaran, kematian dan isu keselamatan sehingga nama sesetengah pusat pembelajaran berkenaan terpalit kontroversi.

Terbaharu, sekumpulan pelajar tahfiz telah dipaksa memberikan seks oral seperti mencium dan meraba ‘ustaz’ konon dengan melakukan perkara itu dapat meningkatkan pembelajaran mereka.

Lapor portal NST, ustaz yang berasal dari Bangladesh tersebut dikatakan menggunakan modus operandi yang sama ke atas setiap mangsa sebelum mendera mereka secara seksual.

Kegiatan terkutuk itu dilaporkan berlaku di sebuah madrasah yang terlatak di Taman Desa Anggerik, Serendah, Hulu Selangor.

“Ustaz berkenaan akan masuk bilik tidur pelajar dan meminta mereka mengurut kakinya sambil memberitahu tindakan mengurut pelajar boleh membantu pembelajaran mereka.

“Lepas pelajar-pelajar itu urut kaki dia, mereka akan disuruh kunci pintu bilik sebelum baring, kemudian uztaz itu pula yang akan ‘urut’ pelajar tersebut,” kata seorang sumber yang dipetik portal berkenaan.

Perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar apabila salah seorang mangsa yang berusia 15 tahun memberitahu kejadian tersebut kepada bapanya.

Difahamkan, pelajar berkenaan telah diliwat oleh ‘ustaz’ tersebut sejak dari bulan Jun tahun lalu.

“Mangsa yang tidak tahan dengan penderaan seksual itu, akhirnya memaklumkan kepada bapanya yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Serendah,” katanya lagi,

Sumber juga memberitahu kesemua mangsa akan disuruh berbaring di sebelah lelaki tersebut sebelum mereka diliwat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai memberitahu bahawa suspek yang berusia 30 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama selepas mereka membuat laporan polis.

Siasatan akan diajalankan di bawah seksyen 337C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa persetujuan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com