Mukhriz Sokong PKR Kenakan Denda RM10j Pada Wakil Rakyat Keluar Parti


ALOR SETAR - Pengerusi pakatan pembangkang Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memyokong keputusan PKR untuk mengenakan denda RM10 juta terhadap wakil rakyatnya yang keluar parti selepas menang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dengan mengambil contoh baiah yang dilaksanakan PAS, Mukhriz berkata, PKR juga mempunyai cara tersendiri bagi memastikan wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Jelasnya, kaedah itu juga berupaya menuntut calon pakatan pembangkang supaya terus ikhlas untuk berjuang bersama parti.

"Masing-masing ada kaedah sendiri, ...dulu PAS ada baiah jadi kita ada cara tersendiri, ...tapi akhirnya ia bergantung pada hati seseorang itu apa niat sebenarnya, " katanya memetik BH Online.

Mukhriz berkata demikian selepas Majlis Pengumuman Calon Gabungan Pembangkang, di Bandar Stargate, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dilaksanakan PKR yang berhasrat mengenakan denda sebanyak RM10 juta terhadap mana-mana wakilnya yang melompat parti jika memang pada PRU-14.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar ketika mengesahkan langkah itu, berkata kontrak tersebut dilaksanakan sebagai bayaran denda kepada mana-mana ahli terpilih atas tiket parti itu yang keluar parti.- Kedahnews.com

#TolakDAP
#PakatanDAP
#UndiBN
#KekalBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com