Mukhriz Seperti Calon DAP, Berpindah - Randah Kerana Takut Kalah?


Tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding di Dewan Undangan Negeri Jitra dengan memakai jersi PKR dijangka akan mendapat tentangan daripada penyokong PAS selain Barisan Nasional.

Mukhriz mungkin sedar risiko yang bakal dihadapinya di Jitra pada PRU 9 Mei depan.

Namun bagi Tun Dr. Mahathir beliau mahu meninggalkan legasinya di Kubang Pasu yang diwakili selama lebih 22 selaku ahli Parlimen dan Perdana Menteri.

Mukhriz masih mengharapkan 'aura' Dr. Mahathir untuk  membantu kemenangannnya, namun penduduk Jitra pula melihat siapa dan parti mana yang telah berkhidmat dan berbakti kepada mereka selama ini.

Dalam pada itu, ramai yang melihat keputusan Mukhriz bertanding di DUN Jitra dan Parlimen Jerlun pada PRU14 seperti seorang yang 'tamak' kuasa selain mencontohi perangai calon DAP yang saling berpindah- randah kerana ditolak pengundi..

Beliau seperti tidak yakin kepada calon lain daripada PPBM yang sebelum ini dikatakan ramai yang berkebolehan dan berkaliber.  

Pemangku Ketua UMNO bahagian Jerlun,  Datuk Abu Hasan Sarif pula melihat perpindahan itu Mukriz daripada  DUN Ayer Hitam ke DUN Jitra menunjukkan pengundi di kawasan yang diwakillu  dulu tidak lagi yakin dengan beliau.

 "Mukhriz bimbang akan tewas sekiranya bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu luar bandar dan dengan sebab itu memilih untuk bertanding di Jitra, " kata Abu Hassan yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Percaturan meletakkan Mukhriz di Jitra dan Parlimen Jerlun berikutan  kebimbangan Dr Mahathir kerana pengundi Melayu tidak memihak kepada parti itu yang kini bekerjasama dengan DAP.

Sementara itu pada ceramah di Felda Bukit Tangga, di Kubang Pasu Jumaat lalu, Mukhriz dibayangkan bakal kembali menjadi Menteri Besar jika Pakatan berjaya menawan Kedah.

Bagaimanapun Mukhriz`semasa ditanya oleh media memberitahu pakatan masih belum menetapkan siapa calon Menteri Besar kerana mahu melihat kemenangan terlebih dahulu.

PPBM yang digantung sebulan meletakkan 14 calon di kerusi DUN Kedah berbanding PKR dan PAN yang masing-masing bertanding 10 kerusi sementara DAP pula kekal dua kerusi. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com