Mukhriz 'Kelentong', Dakwa Tak Sempat Selesaikan Masalah Air Masa Jadi MB Kedah


Pengerusi pakatan pembangkang Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk menyelesaikan isu masalah bekalan air semasa menjadi Menteri Besar (MB) Kedah dahulu.

Mukhriz yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, berkata, beliau hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama kira-kira dua tahun setengah menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan.

"Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah," dakwanya.

Pelbagai janji diberikan Mukhriz kepada rakyat Kedah setelah beliau tidak memegang jawatan MB antaranya menyelesaikan masalah air dan memberi lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Disaat beliau menyatakan janji-janji tersebut, satu soalan sahaja ingin ditanyakan kepada Mukhriz, kenapa semua itu tidak dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah dulu.

Ternyata, Mukhriz hanya memberi alasan demi alasan dan segala janjinya kini adalah mahu menarik undi supaya rakyat menyokongnya.

Semasa menjadi MB Kedah, beliau turut dilanda kontroversi kerana dikatakan kerap balik ke Kuala Lumpur, maka tidak mustahil beliau sukar berada di kawasannya jika menang pada PRU14 ini. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#KekalBN
#UndiBN






No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com