Mukhriz Kehabisan Modal, Jaja Jasa BN Zaman Mahathir Untuk Raih Undi


Di mana sahaja ceramah, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjaja cerita tentang jasa bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad membangun Kedah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir membangunkan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) hingga ramai yang  dapat kerja dengan gaji yang tinggi.

Bapanya juga yang membangunkan Universti Utara Malaysia (UUM) di hutan Sintok, Kubang Pasu dan majukan Pulau Langkawi.

Dalam tempoh masa berkuasa yang panjang memang wajar pun seseorang Perdana Menteri boleh merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan.

Lagi pun pembangunan yang dilaksanakan itu berlaku  semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Projek-projek itu juga adalah hasil desakan ahli UMNO yang dibawa ke perhimpunan agung parti dan memang diperlukan pada waktu itu.

Jika UMNO/BN tidak menyokong Presiden UMNO dan Perdana Menteri tentunya Mahathir tidak dapat melaksanakan segala projek.

Bayangkan jika Mahathir kalah dalam pemilihan presiden tahun 1987.

Mungkin Tengku Razaleigh Hamzah yang diangkat menjadi Perdana Menteri akan melaksanakan juga berbagai projek untuk kepntingan rakyat di luar bandar termasuk di Kelantan yang diabaikan oleh Mahathir.

Namun Mukhriz tidak pula membangkitkan projek-projek yang gagal  di Kedah seperti Perwaja Steel di Gurun dan projek kota Perdana di Bukit Kayu Hitam.

Kenapa Mukhriz tidak cerita tentang nasib pesawah, penoreh dan nelayan serta kemiskinan rakyat yang diabaikan oleh bapanya pada masa itu.

Di zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak golongan yang diabaikan oleh Mahathir itu dibela dan diberi perhatian serius di samping melaksanakan lebih banyak projek lain  untuk kepentingan rakyat termasuk menyediakan sistem pengangkutan awan yang moden, perumahan yang selesa dan mencukupi, pendidikan serta perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di samping menyediakan anak -anak muda dengan skim latihan dan perniagaan bagi menghadapi masa depan mereka yang lebih baik.

Mukhriz yang akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra atas tiket gabungan PKR pada PRU14 terpaksa menjaja cerita lama kejayaan BN di zaman Dr. Mahathir untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Jasa kerajaan BN semasa dipimpin bapanya tidak dinafikan tetapi bekas perdana lain dan perdana menteri sekarang juga menabur jasa.

Pengakuan Mukhriz itu sekaligus memperakui bahawa BN adalah parti yang terbaik untuk rakyat Malaysia pada masa ini dan bukannya pakatan pembangkang yang hanya bergabung untuk menghadapi pilihan raya umum semata.- Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com