Mukhriz Kata Jawatan MB Tak Boleh Bawa Mati, Tapi Mahathir Usia 93 Nak Jadi PM Lagi


Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti 'bersyukur' apabila beliau digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah pada awal Februari 2016.

Walaupun belum sempat merealisasikan impiannya, Mukhriz berkata pemecatannya itu merupakan satu hikmah kepada dirinya.

'Hikmahnya' ialah kerana beliau berada dalam Pakatan Harapan bersama DAP untuk menjatuhkan UMNO dan BN yang sebelum ini mengangkat diri sebagai Menteri Besar dan bapanya Dr, Mahathr Mohamad sebagai Perdana Menteri paling lama di negara ini.

"Jawatan (MB) ini dunia sahaja, bukan boleh bawa mati pun, " kata Mukhriz yang tidak kesal beliau digugurkan walaupun pada awalnya enggan melepas jawatan itu Memteri Besar itu.

Mukhriz diminta berundur daripada jawatan Menteri Besar selepas gagal mendapat kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan Ketua UMNO bahagian di Kedah.

Beliau dipecat daripada UMNO kerana turut bersekongkol bersama Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jalan pintas.

Memang benar jawatan MB  hanya sementara di dunia sahaja dan tidak boleh di bawa sampai ke mati.

Namun Muhkriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  masih mahu bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun diangkat Perdana Menteri untuk kali kedua.

Mahathir dan Mukhriz berhempas pulas untuk kembali berkuasa walaupun terpaksa menjual maruah orang Melayu dengan menubuhkan parti baharu dan  menjalin persahabatan bersama DAP.- Kedahnews.com.


#Harapanpalsu
#JomBn
#BersamaBN

1 comment:

  1. Dulu jadi mb.. diam je..
    Skrg ni plak yg kecoh sana kecoh sini..
    Kot masa mb rajin mcm skrg kan bagus

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com