Mukhriz "Jual Minyak" Pada Orang Kedah PRU Kali Ini


ALOR SETAR - Agenda tipu-menipu dan fitnah-memfitnah bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir kini telah bermula.

Dalam ceramahnya malam semalam, Mukhriz 'membuka cerita' dengan mempersoalkan mengenai pembangunan di Kubang Pasu, beliau mendakwa tidak pernah wujud sebarang pembangunan sejak bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan pada tahun 2003.

“Masa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kolej matrikulasi, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lebuh raya telah dibina di Parlimen Kubang Pasu.

“Selepas 2003, Barisan Nasional berjanji nak bina Masjid Changlun tapi tak nampak bayang. Sama macam Hospital Pendang. Dah berapa kali pecah tanah?,” soalnya semasa berucap pada majlis pengenalan calon Pakatan Harapan di Parlimen Kubang Pasu, malam semalam petik Suara TV.

Tidak cukup dengan itu, Mukhriz turut cuba 'kelentong' penduduk Kedah dengan membangkitkan cerita merapu mengenai projek tebatan banjir di mana kerajaan pusat memberikan peruntukan untuk pembangunan di situ, namun `tak jalan’.

Nampak sangat tembelang menipu telah naik kepada dan sembang `gebangnya’ itu. Mustahil dalam masa 15 tahun tiada pembangunan dijalankan di situ seperti diperkatakan Mukhriz.

Jika benar dengan dakwaan berkenaan, ini bermakna ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau juga tidak membawa sebarang perubahan dan hanya duduk goyang kaki sahaja kerana katanya tiada sebarang 'pembangunan' di Kubang Pasu.

Tertanya-tanya juga orang Kedah apa yang mukhriz lakukan semasa beliau menjadi Menteri Besar dulu? Kesemua isu dibangkitkan Mukhriz, seperti isu air yang menghantui rakyat, masalah yang dialami pekebun getah dan pesawah, maka secara jelas ia membuktikan beliau tidak melakukan kerjanya ketika mengetuai pentadbiran di Kedah dan beliau juga seorang pemerintah yang gagal.

Kenapa beliau tidak mengambil kesempatan semasa menjadi Menteri Besar untuk memajukan Kedah?. Pada ketika ini sudah tiada guna untuk mengimbau kembali apa yang dilakukan oleh bapanya suatu masa lalu.

Sebaliknya Mukhriz perlu mengimbau kembali 'jasa-jasanya' yang dikatakan konon besar pada rakyat Kedah dan apa yang dilakukannya semasa memerintah Kedah.

Amat mengjengkelkan apabila Mukhriz bercakap mengenai pembangunan di Kedah dan menceritakan mengenai masa lalu Kedah, yang seolah-olah `mundur’. Mengapa peluang yang ada pada Mukhriz semasa menjadi Menteri Besar dulu tidak digunakan sepenuhnya?.

Baru sekarang nak `meroyan’ kononnya banyak yang tidak dilakukan. Banyak yang 'mungkin' Mukhriz boleh dilakukan di Kubang Pasu, kononnya. Adakah orang seperti ini boleh dipercayai? Kenapa bila sudah menjadi pembangkang, beliau begitu beria-ia membangkitkan banyak perkara yang dulunya tidak diselesaikan semasa beliau menjadi Menteri Besar?

Cukuplah Mukhriz. Kami penduduk Kedah tahu cerita yang sebenar. Bak kata orang Kedah, jangan mai gebang kat negeri kami.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, Mukhriz akan bertanding di kerusi Parlimen Jerlun dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com