Mukhriz 'Hairan' Kerajaan Banyak Wang?


Dakwaan Datuk Seri Mukhriz dan bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tiada kemampuan kewangan dan hanya membuat janji kosong kepada rakyat menjelang PRU14 ternyata tidak benar dan hanya untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama Mukhriz juga hairan daripada mana wang yang begitu banyak diambil untuk memenuhi janji BN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid pula menjelaskan tidak mungkin rizab negara terus meningkat jika kerajaan tiada kemampuan atau bakal menuju sebuah negara yang bankrap.

Menurutnya akujanji Manifesto Barisan Nasional tidak mampu dilaksanakan jika pengurusan kewangan negara tidak cekap.

Kerajaan BN membuktikan kecekapan mengurus kewangan negara dan seluruh sistem penyampaian kerajaan membolehkan apa yang dirancang boleh dilaksanakan seperti kejayaan melaksanakan 99.4 peratus aku janji Manifesto BN PRU-13.

Tambahan kadar bayaran bagi BR1M dan pengenalan kategori baru BR1M untuk mereka yang berpendapatan RM4,000  ke RM5,000  serta bantuan one off untuk anak yang nak masuk pusat pengajian tinggi adalah antara bukti kemampuan kerajaan dalam mengurus wang negara.

 Ahmad Zahid ketika sidang media selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Wisma UMNO di Hutan Melintang di Bagan Datuk menjelaskan manifesto BN telah melalui kajian terperinci termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara khususnya di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Malah jelasnya, manifesto yang meliputi semua lapisan masyarakat itu adalah praktikal dan realistik untuk dilaksanakan dan bukannya manifesto pembangkang diibaratkan seperti 'turun dari langit.'

Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk menjelaskan pelaksanaan GST juga memperlihatkan kerajaan tidak pernah bankrap kerana rizab negara yang telah diumumkan oleh Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu lebih daripada US$108 bilion (RM418 bilion).

Projek pembangunan yang dirancang dan dilakukan selama ini tidak dapat dilaksanakan jika pengurusan kewangan negara tidak mengikut langkah yang betul.

Mukhriz semasa berucap di Serdang, Kedah 4 April lalu mendakwa kerajaan tidak mampu melaksanakan projek baharu dengan menyatakan banyak peruntukan kepada kementerian telah dipotong.

"Agak-agak duit ini mai dari mana...?" tanya Mukhriz kepada hadirin pada ceramahnya itu.

Dr. Mahathir dan Mukhriz meragui kemampuan kewangan kerajaan apabila Perdana Menteri membuat beberapa pengumuman  termasuk peruntukan kepada  Pulau Langkawi sebanyak RM1.3 bilion bagi meningkatan kemudahan asas keapda rakyat seperti bekalan air dan pembinaan hospital.

Perdana Menteri juga sebelum ini mengumumkan kenaikan bantuan khas kepada pesawah jika BN terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14. - Kedahnews.com   

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com