Mufti Mesir Keluar Fatwa Beli 'Likes' Haram


KAHERAH - Mufti Mesir, Shawki Allam menjelaskan tindakan membeli 'likes' di laman sosial Facebook dianggap perbuatan menipu dan mereka yang berbuat demikian dianggap berdosa.

Shawki dalam fatwa terbaru itu berkata, menjana 'likes' palsu boleh dianggap sebagai satu penipuan.

"Jika 'likes' Facebook adalah palsu atau dijana menggunakan sistem aplikasi dan akaun bukan milik individu sebenar, maka ia tidak boleh diterima kerana dianggap satu penipuan," katanya menerusi catatan di Facebook.

Laman The New Arab melaporkan, awal tahun ini, Shawki turut mengeluarkan fatwa mengatakan jual beli Bitcoin adalah perbuatan yang melanggar undang-undang Islam.

Fatwa itu susulan larangan awal terhadap jual beli Bitcoin yang dikeluarkan oleh Kerajaan Mesir.

Katanya, jual beli yang sifatnya berisiko dan tidak boleh dikendalikan boleh mendorong kepada penipuan. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com