Monyet Larikan Bayi 16 Hari, Operasi SAR Besar-Besaran Dilancar


BHUBANESWAR, India - Seorang bayi lelaki berusia 16 hari dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seekor monyet dari kediamannya di daerah Cuttack, di India pada Sabtu.

Lapor media tempatan, bayi malang terbabit sedang nyenyak tidur bersebelahan ibunya di perkampungan Talabasta sebelum disambar monyet terbabit.

Susulan itu anggota Jabatan Perhutanan dan polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran(SAR) bagi mengesan bayi itu.

Ibu bayi itu berkata dia sendiri nampak bayinya dibawa lari sebelum menjerit meminta pertolongan dan kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila bayi itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk menangis dan suaranya yang bernada rendah. Usaha mencari bayi itu kini menjadi semakin mencabar.

Seramai 30 anggota Jabatan Pertuhanan kini sedang membuat pencarian di segenap kawasan hutan berhampiran dengan dibantu penduduk kampung.

Kawasan itui semnemangnya sering mendapat aduan mengenai serangan monyet. Laporan terakhir diterima beberapa hari sebelum kejadian.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com