MOM Terkejut Pemenang Pingat Sukan Komanwel Positif Doping


KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengakui terkejut terdapat atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Komanwel menggunakan bahan terlarang.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo bagaimanapun mengakui pihaknya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia bakal menganggu proses.

"Kita terkejut, kita sudah menjalani ujian sendiri dan memberikan pelbagai kesedaran kepada atlet. Apa lagi boleh saya katakan, kita sudah melakukan semua yang termampu. Atlet perlu lebih berhati-hati, lebih daripada 100 peratus.

"Kita dimaklumkan terdapat satu kes menerusi berita, kita perlu melihat apa proses sekarang kerana ia dikendalikan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS)," katanya.

Atlet berkenaan dilaporkan memenangi gangsa di Sukan Komanwel. Ujian berkenaan dilaporkan diuji sebelum temasya dan keputusan hanya diperoleh selepas ia berakhir.

Kontinjen negara meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa di Gold Coast. 

Malaysia meraih gangsa menerusi badminton, terjun, gimnastik artistik, menembak, skuasy, ping pong dan angkat berat.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com