Misteri Kematian Bayi Baru Berusia 48 Hari


KOTA BHARU – Kematian seorang bayi lelaki berusia 48 hari mencetuskan misteri apabila bayi berkenaan yang pada mulanya disangka mati akibat di­sengat lipan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Kejadian pelik tersebut membabitkan bayi Mohd. Arshad Haikal Zamri anak bongsu daripada lima beradik yang tinggal di sebuah rumah di Kampung Belukar Kedai Piah, Ketereh di sini semalam. Bapa kepada bayi malang itu bekerja sendiri manakala ibunya seorang suri rumah.

Mengikut cerita ibu bayi berkenaan iaitu Nana Rozi Hartini Jali, 32, sebelum dikejutkan dengan kematian anaknya itu, Mohd. Arshad sebelum tidur pada pukul 11 malam kelmarin kelihatan ceria dan tidak ada sebarang masalah.

“Pada pukul 1 pagi, saya ba­ngun menyusukan Mohd. Arshad yang ketika itu masih ber­nyawa dan bergerak sebelum saya dan suami tidur semula seperti biasa berkongsi katil di dalam bilik,” ceritanya.

Bagaimanapun, pada pukul 5 pagi ketika Nana bangun untuk menyusukan bayinya, dia terkejut kerana anaknya itu tidak bergerak walaupun digerak-ge­rakkan. 

Sumber – Kosmo!

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com