Misteri Bau Pelik Dalam Periuk Sup Terjawab



BEIJING - CHINA. Bau pelik daripada dalam periuk sup daging di sebuah restoran di selatan China akhirnya terjawab.

Perbuatan menjijikkan seorang lelaki yang membuang hajat di dalam masakan itu akhirnya terbongkar pada 28 Mac lalu selepas pemilik premis itu dikenali sebagai Jiang bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

The Paper melaporkan tindakan itu dilakukan pesaingnya, Li yang turut membuka restoran mee di Haikou di wilayah Hainan.

Jiang membuat aduan kepada polis dan bapa Li yang melakukan perbuatan itu telah ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Sampel diambil Pentadbiran Ubat dan Makanan China mendapati sup itu dicemari najis dan air kencing manusia.

Menurut Jiang, tiada berlaku pertengkaran antara mereka malah dia sering memanggil Li sebagai 'abang'.

Namun, bapa lelaki tersebut sengaja melakukan 'prank' kerana cemburu berikutan restoran dikunjungi lebih ramai pelanggan.

"Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya," katanya. 

Sumber: Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com