Menu Pelik Burger Bersama Tarantula


DURHAM – Sebuah res­toran makanan segera di Amerika Syarikat menggunakan pendekatan unik dan ‘menakutkan’ untuk menarik lebih ramai pe­langgan berkunjung ke premis tersebut.

Hal ini kerana, Bull City Bur­ger and Brewery menawarkan menu pelik iaitu burger yang dihidangkan bersama seekor labah-labah besar atau lebih dikenali sebagai tarantula.

Portal Mirror melaporkan, tarantula tersebut dibakar terlebih dahulu di dalam oven sebelum diletakkan di atas burger daging lembu yang dipesan oleh pelanggan.

Menurut jurucakap restoran tersebut, rata-rata pelanggan memaklumkan tarantula itu rasa seperti ketam dan logam.

Namun, apa yang lebih menarik, bahagian badan dan setiap kaki serangga tersebut memberikan rasa yang berlainan.

Mana-mana pelanggan yang ingin mencuba menu tersebut perlu membayar sebanyak AS$30 (RM116) untuk menyertai undian dan mereka yang berjaya berpeluang menikmati burger tersebut serta mendapat sehelai baju t.

Setakat ini, sebanyak em­­pat pengunjung sudah mencuba menu tersebut dan restoran berkenaan memiliki sebanyak 18 ekor tarantula untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Selain itu, restoran tersebut turut menawarkan menu burger yang dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura.

Kesemua menu tersebut merupakan sebahagian daripada usaha restoran berkenaan untuk mempromosikan bulan daging eksotik kepada pelanggan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com