Menteri 'Buat Lawak', Dakwa Orang India Cipta Internet Beratus Tahun Lalu


RAMAI yang tahu ahli politik kadang-kadang suka bercakap tentang perkara tidak masuk akal.

Sebagai contoh seorang menteri dari India, Biplab Deb, baru-baru ini menyatakan bahawa internet telah wujud pada zaman purba Mahabharata.

Bercakap di bengkel serantau mengenai Sistem Pengedaran Awam (PDS) di Agartala, Tripura, Deb memberitahu audiens bahawa internet dicipta 'beratus tahun lalu', bersama teknologi canggih lain seperti satelit dan bukan oleh negara-negara Barat, tetapi oleh kaum India purba.

Dia berpendapat bahawa beberapa peristiwa dalam zaman Mahabharata menjelaskan teknologi ini mungkin telah wujud ribuan tahun yang lalu.


Kenyataannya yang lucu itu tular di media sosial India, dengan ramai pengguna secara sinis mengesahkan teorinya dengan menawarkan hujah yang kononnya sama dengannya.

Walaupun beberapa posting berhubung kenyataannya itu sebenarnya melucukan, tetapi tidak bagi Deb.

Diminta mengulas mengenai reaksi orang ramai terhadap kenyataannya, dia berkata orang ramai boleh ketawa selagi mereka mahu, tetapi itu tidak bermakna apa yang dikatakannya tidak benar.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com