Mendung, Hujan Pada Hari Penamaan Calon


CALON dan para penyokong parti politik yang ingin turun padang pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Sabtu ini dijangka akan mengharungi hujan yang diramalkan hampir di seluruh negara.

Menurut Jabatan Meteorologi, hujan pada sebelah petang diramal di 187 daripada 222 kawasan Parlimen pada sebelah petang dengan kebanyakkan tempat mengalami ribut petir.

Antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir termasuk di seluruh Wilayah Persekutuan, Selangor, Sarawak, Sabah, Kedah, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.

Begitu juga kebanyakkan tempat di Johor, Negeri Sembilan, Perlis dan di sebahagian kawasan pantai timur Semananjung.

Keadaan cuaca pada umumnya diramalkan cerah dan mendung di kebanyakan negeri pada sebelah pagi bagaimanapun ia mungkin berubah dalam masa beberapa hari ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui ramalan cuaca di kawasan parlimen masing-masing boleh merujuk kepada maklumat yang disedikann di laman www.met.gov.my atau menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian 03- 79678000/8200. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com