MDKP Anjur Kejohanan Karom


ALOR SETAR - Satu Kejohanan Karom Terbuka 2018-Piala Setiausaha MDKP dianjurkan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) berlangsung di Kompleks Darul Qiyyam, dekat Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini.

Unit Pelancongan MDKP, Rabiatul Adawiyah Mohd Fisol berkata, kejohanan tersebut mendapat kerjasama Persatuan Asun Carrom Team (Act).

Usaha itu didakan bagi menghidupkan kembali sukan karom yang dilihat semakin tenggelam disebabkan ledakan sukan digital (E-Sukan) pada masa kini.

Tambahnya, sebanyak 128 penyertaan diterima bagi kategori perseorangan dan 158 penyertaan bagi kategori beregu dari seluruh negara.

"Kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta.

“Penganjuran ini juga sebenarnya dapat mengeratkan silaturahim sesama pemain dan pegawai pasukan dengan masyarakat dalam dan luar Kubang Pasu. Selain itu ia secara tidak langsung dapat mempromosikan Darul Qiyyam kepada orang luar,” katanya memetik Sukan Sinar.

Jelas Rabiatul lagi, antara peserta yang hadir adalah dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Lumpur dan Proton Kuala Lumpur.

Jelasnya, turut menyertai adalah peserta dari Kelantan, Universiti Malaya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Daerah Baling, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Majlis Bandaraya Alor Setar.

Penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha MDKP, Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa. - Kedahnews.com. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com