MCA Pecat 12 Ahli Kerana Sabotaj Calon BN Johor, Perak Dan Kedah


MCA memecat keahlian 12 anggotanya serta-merta kerana didapati bertanding atas tiket parti lawan dan menjadi penyokong serta pencadang calon pembangkang.

Pengerusi Lembaga Disiplin MCA, Tan Sri Chor Chee Heung berkata mereka terdiri sembilan ahli MCA Johor,  dua dari Perak dan seorang dari Kedah.

Kata Chor, MCA perlu tegas kerana perbuatan mereka itu telah mensabotaj calon MCA yang dipilih bertanding  pada plilhan raya umum ke 14 selain menjejaskan imej parti.

Mereka yang diambil tindakan pemecatan itu terdiri tujuh yang bertanding atas tiket pembangkang termasuk bebas sementara yang lain menjadi pencadang, penyokong dan saksi calon parti lawan semasa penamaan calon semalam, kata Chor.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Alor Setar hari ini.

Menurutnya, tindakan itu diambil menurut Perkara 23 perlembagaan MCA selepas parti menerima aduan dan membuat siasatan.

Katanya, tindakan pemecatan itu dibuat atas cadangan Majlis Presiden MCA kepada Lembaga Disiplin MCA selepas satu mesyuarat tergempar parti diadakan malam tadi.

Mereka yang dipecat itu terdiri Ting Choon Chai, Lim Yak Hong yang bertanding atas tiket Bebas di Johor sementara,Tee Boon Tsong dan Ng Yak Howe masing-masing  bertanding atas tiket DAP negeri yang sama.

Chin Kwai Leong dan Chi Kwai Heng  dari Perak masing-masing didadapi bertanding atas Parti Sosialis Malaysia (PSM) di negeri Perak sementara Ahli MCA Cawangan Aston, Bukit Mertajam, Yeo Keng Chuan bertanding atas tiket PKR di Kulim Kedah

Lima ahli MCA  lain yang dipecat kerana menjadi pencadang, penyokong dan saksi kepada calon pembangkang berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com