MB Menghadap Sultan Kedah Ahad Ini


ALOR SETAR -Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka menghadap Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada Ahad ini untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran Parlimen esok.

"Selepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membuat pengumuman pembubaran Parlimen, sememangnya tugas saya untuk memohon perkenan Sultan Kedah untuk membubarkan DUN," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam acara 'Fun Walk' dan Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Saga, Alor Mengkudu di sini, pagi ini.

Barisan Nasional (BN) Kedah membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 36 DUN pada PRU-13, sekali gus merampas semula negeri itu daripada kerajaan pakatan pembangkang yang diketuai oleh PAS.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com