MB Lelong Beras, Daging Sampai 'Licin', 2,000 Serbu Karnival Jualan Runtuh Taman Saga, Alor Setar


Daging, ikan dan beras habis tidak sampai setengah jam 'dilelong' oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Karnival Hari Keluarga Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di Taman Saga, Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu, Jumaat lepas.

Daging segar  dijual pada harga RM26 sekilogram, ikan kembung harga RM5 hingga serendah RM1 manakala beras 10 kilogram sekampit dijual pada RM10.  

Tiga ekor lembu ditumbangkan dan dalam  masa tiga jam ia habis dijual.



Lebih 2,000 penduduk 'menyerbu' jualan runtuh itu yang kebanyakannya menawarkan barang keperluan dapur pada harga terendah.

Acara lain yang diadakan sempena prgoram itu ialah sukaneka, funwalk, pertandingan aspek wanita, pemberian bantuan cermin mata di samping gerai jualan.

Berbagai hadiah ditawarkan kepada pemenang selain cabutan nombor bertuah.

Terdahulu Ahmad Bashah merasmikan program itu dan menyampaikan bantuan dan hadiah kepada pemenang di PDM Taman Saga.

Beliau juga mengumumkan sumbangan awal RM50,000 untuk membina khemah sementara bagi kselesaan penduduk menjalankan aktiviti di dewan orang ramai Taman Saga itu.

Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Seri Hizam Awang Ahmad, Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim, Ketua Pemuda bahagian, Syed Hafiz Syed Mustafa, Ketua Puteri UMNO Alor Setar, Maizatul Niza Mohd Disa serta Penyelaras DUN Alor Mengkudu, Abdul Malek Saad. 

Mengiringi Menteri Besar ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA Datuk Yoo Wei How yang disebut calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan  Naib Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar Tan Eng Hwa yang dijanka betanding di DUN  Kota Darul Aman.

Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Bashah antara lain meminta penduduk terus menyokong kerajaan BN pada PRU14 hujung April atau awal Mei ini untuk menjamin masa depan negara yang lebih baik.

Mereka tidak boleh lagi mengharapkan  wakil rakyat pembangkang yang tenggelam timbul dan hanya muncul lima tahun sekali bila dekat pilihan raya untuk bertemu rakyat dan meminta undi.

"Tetapi kita wakil BN, UMNO dan MCA, berada sepanjang masa bersama penduduk sama ada waktu susah dan senang," kata Ahmad Bashah. -Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com