Masyarakat Siam Di Kedah Perlu Terus Sokong BN Demi Pembangunan


ALOR SETAR - Walaupun masyarakat Siam merupakan minoriti dalam penduduk di Kuala Nerang, Kedah namun kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap tidak mahu golongan ini ketinggalan.

Oleh itu, BN meminta masyarakat Siam di situ perlu terus menyokong kerajaan sedia ada agar dapat pembangunan dapat dilaksanakan.

Ini kerana, jika di ambil alih pembangkang, sudah pasti pembangunan yang dirancang di kawasan itu akan terjejas.

“Semenjak masyarakat Siam menyokong BN, banyak kemudahan asas di kawasan itu dapat disalurkan bagi aktiviti harian. Malah kini segala kemudahan yang ada hari ini juga akan dipertingkatkan lagi jika BN diberi kepercayaan lagi pada PRU nanti.

“Masyarakat Siam perlu memikirkan masa hadapan generasi mereka dengan pembangunan yang akan bangunkan di sini. Sebagai pemimpin saya tidak mahu lagi masyarakat Siam di sini ketinggalan malah mahu mereka lebih maju lagi,” kata Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim.


Beliau berkata berikut semasa menyampaikan bantuan Barakah kepada 50 masyarakat Siam di Tanah Merah, semalam.

Tambah Badrol Hisham, walaupun masyarakat Siam hanya golongan kecil di Kuala Nerang ini, tetapi ia mampu memberi kejayaan kepada BN. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com