Masa Depan Penduduk Langkawi Gelap Jika Pilih Pembangkang


Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tidak akan mendapat sokongan majoriti penduduk atau pengundi Pulau Langkawi jika beliau mahu bertanding di pulau bebas cukai itu pada pilihan raya umum ini.

Ini kerana beliau bertanding di atas tiket parti pembangkang sedangkan penduduk Langkawi memerlukan wakil kerajaan, iaitu Barisan Nasional untuk terus memajukan pulau itu.

Pulau Langkawi akan menghadapi masa depan yang gelap jika pembangkang menguasai parlimen itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang turut menjangka Dr. Mahathir akan bertanding di Langkawi yakin penduduk pulau itu akan  menolaknya walaupun bekas Perdana Menteri itu berjasa membawa pembangunan di situ.

" Dula Dr. Mahathir berjaya memajukan Langkawi kerana dia berada dalam kerajaan BN, tetapi kini dia menentang BN dan tidak bersetuju peruntukan diberikan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan penduduk Langkawi, " kata Ahmad Bashah.

Dr. Mahathir baru-baru ini menyifatkan peruntukan persekutuan RM1.3 bilion untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat di Langkawi sebagai janji kosong dan dedak.

Menurut Ahmad Bashah, bagi Langkawi hanya kerajaan BN yang memerintah boleh membawa kemajuan, bukannya individu atau yang mewakili parti pembangkang.

"Masa depan penduduk Langkawi ditentukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang, dan isya-Allah BN akan terus kekal," kata Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah Ahmad Bashah yang ditemui di Karniva Sukaneka di Taman Saga, Alor Mengkudu Jumaat lalu.

Dalam hal ini beliau meminta penduduk Langkawi tidak keliru jika Dr. Mahathir bertanding di situ kerana beliau bukan lagi mewakili kerajaan yang memerintah.

Beliau juga menyatakan UMNO dan BN bersama jentera parti sudah bersedia menghadapi kemungkinan Dr. Mahathir atau siapa juga daripada pembangkang yang bertanding di pulau itu pada PRU14 ini.

Pada PRU13, Datuk Ir. Nawawi Ahmad (BN - UMNO) menang dengan majoriti 11,861 sementara dua kerusi Dewan Undangan Negeri - Kuah dan Ayer Hangat juga kekal dimenangi BN dengan majiroriti 6,370 undi dan 5,311 undi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com