Mariah Carey Disaman Bekas Pengurus


SELEPAS mengejutkan ramai dengan mendedahkan dirinya menghidap penyakit mental atau bipolar, Mariah Carey kini berdepan dengan tamparan apabila disaman bekas pengurusnya.

Media melaporkan bahawa Stella Bulochnikov mengemukakan tuntutan saman dengan mendakwa penyanyi popular berkenaan konon melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Stella yang sebelum ini dianggap sebagai kawan baik Mariah, telah memfail saman itu di New York, Amerika Syarikat. Dia mendakwa Mariah selalu berbogel di depannya.

Stella juga dilaporkan turut meminta pampasan selepas dipecat ketika dalam kontrak selama tiga tahun. Mariah memecat Stella pada tahun lepas.

Dalam pada itu, jurucakap Mariah memberitahu, Stella dipecat kerana dia gagal berkhidmat dengan baik kepada majikannya.

“Stellah bukan bawah kontrak pekerja. Dia menyebarkan berita palsu kepada media dan mereka melaporkannya. Kami tidak akan menjawab pembohongan dan ugutan itu.

“Jika saman difailkan, kami akan mempertahan diri,” katanya.

Minggu lepas, Mariah mendedahkan dia menderita penyakit bipolar sejak tahun 2001 selepas dimasukkan ke hospital akibat tekanan melampau ketika itu.

Susulan itu, Mariah terpaksa menjalani terapi selain mengambil ubat-ubatan bagi gangguan bipolar yang antara lain menyebabkan emosi mudah terganggu dan kemurungan.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com