Manisfesto PH Kedah: DAP Setuju Laksana Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah?


Pakatan Harapan (PH) Kedah dalam manifesto PRU14 mahu memperkemas dan meningkatkan keupayaan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan masalah perundangan yang berkaitan umat Islam.  

Cadangan itu tentunya juga mendapat persetujuan DAP yang sebelum ini menentang keras Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Malah Pakatan Harapan juga sudah 'ke depan' apabila mahu mewujudkan 'mahkamah syariah bergerak' untuk menyelesaikan tuntutan perceraian atau membicarakan kes berkaiatan jenayah syariah.

Perkara itu adalah antara yang ditawarkan oleh Pakatan Kedah dalam manifesto mereka bagi  memperkukuh nilai keagamaan.

Semua orang maklum, parti - parti dalam gabungan pembangkang itu menolak RUU355 yang dibentang di Parlimen oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Siapa pun tidak boleh lupa bagaimana tindak-tanduk pemimpin DAP yang sangat lantang dan bersikap 'kurang ajar' menentang RUU 355 sedangkan RUU itu bertujuan untuk mengangkat kedudukan mahkamah syariah dan memartabatkan Islam..

Rakyat kini boleh menilai  DAP dan sekutunya dengan janji seperti itu.

Bagaimanapun ia hanya sekadar tawaran dalam manisfesto dan akan tinggal janji sahaja. Lagi pun  DAP tidak akan membenarkan perkara itu berlaku seperti mana tentang yang mereka tunjukkan sebelum ini. 

anggaplah cadangan itu hanya untuk menarik undi orang Melayu semata pada PRU14 bagi menunjuk Pakatan Harapan seolah-olah ' bersetuju' dengan RUU 355.

DAP dan sekutunya kini sanggup 'menjilat' kembali ludah mereka apabila 'bersetuju' untuk memperkasakan mahkamah syariah. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir#DosaDosaMahathir





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com