Manifesto BN PRU14 Pasti Dapat Dilaksanakan


KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan pasti dapat dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini, katanya berdasarkan rekod BN yang berjaya merealisasikan 99.4 peratus daripada Aku Janji PRU13 lepas.

“Saya harap manifesto yang memberikan aku janji yang meliputi semua susun lapis masyarakat harus diterima baik.

“Kita lihat pencapaian (manifesto) terdahulu, ini memperlihatkan bahawa komitmen ini (Aku Janji PRU14) pasti akan diterjemahkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dokumen itu di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Beliau berkata manifesto kali ini bukan sahaja meliputi semua lapisan masyarakat tetapi kemajuan setiap kawasan dari bandar hingga ke luar bandar juga dititikberatkan. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com