Manifesto BN Kedah Beri Pembelaan Pada Anak Muda, Penduduk Langkawi


Penduduk Langkawi yang 'diabaikan' semasa era Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika membangunkan pulau pelancongan akan diberi 'pembelaan' sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Penduduk asal Langkawi akan diberi perhatian termasuk kemungkinan pemberian insentif dan keistimewaan di dalam merebut peluang ekonomi di sektor pelancongan yang sedang berkembang dengan pesat.

Baru-baru ini, Perdana Menteri menekankan bahawa pembangunan di Pulau Langkawi akan ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelabur dan pelancong agar penduduk tempatan menikmati hasil pendapatan yang lebih tinggi seperti mana yang diperolehi penduduk Pulau Bali, Indonesia.

Usaha untuk membantu penduduk Langkawi adalah antara agenda kerajaan negeri dan terkandung  dalam Manifesto BN Kedah untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diumumkan malam esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi BN negeri akan melancarkannya di Stadium Suka Menanti, Alor Setar.

Setiausaa BN negeri, Datuk Md. Rozai Shafian dalam taklimat ringkas mengenai manifesto BN kepada kepada pihak media berkata, manisfesto itu mengandungi pelbagai agenda pembangunan negeri termasuk empat elemen istimewa yang bakal menjadi berita gembira untuk rakyat negeri ini termasuk penduduk Langkawi.

Perkara lain yang diberi perhatian merangkumi pelbagai insentif untuk seluruh rakyat negeri termasuk golongan anak muda, katanya,

Kerajaan juga tidak meminggirkan usaha meningkatkan syiar Islam selain berjanji untuk melaksanak projek berimpak tinggi, program kesejahteraan hidup rakyat, infrastruktur, pelancongan dan sukan.

Menurut Rozai lagi  manfesto yang  bertemakan 'Menerus Kemajuan Menzahir Impian' itu merupakan rancangan lima tahun akan datang.

Manifestor BN itu bukan untuk menjanjikan bulan dan bintang seperti mana manifesto pakatan pembangkang tetapi ianya dirancang berdasarkan kemampuan kewangan.- Kedahnews.com

#ManifestoBN
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com