Manifesto Barisan Nasional PRU-14 Bukti Keprihatinan Kerajaan


ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan manifesto BN sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bertemakan "Bersama BN, Hebatkan Negaraku". 

Pengumuman yang dibuat di Stadium Bukit Jalil itu menyaksikan beberapa cadangan baru yang pasti membawa kebaikkan pada rakyat, selain penerusan rancangan-rancangan kerajaan sebelum ini.

Antara manifesto penting yang diketengahkan oleh Perdana Menteri demi mengubah kehidupan serta masa depan rakyat agar lebih terjamin adalah kos sara hidup.

Gaji minima untuk pekerja bakal ditingkatkan kepada RM1,500 dalam masa lima tahun selain pas pengangkutan awam tanpa had untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU sebanyak RM50-RM150.

Kadar dividen berperingkat untuk unit PNB, Tabung Haji, LTAT dan lain-lain turut diperkenalkan kecuali KWSP agar agihan lebih adil, had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit turut diturunkan.

Mengurangkan kos langganan jalur lebar 50% dan gandakan kelajuan, meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah, meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan, memperluaskan dana Skim Bantaun Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf serta RM222 juta bantuan khas untuk peneroka Felcra, Kesedar dan Ketengah

Bagi aspek kebajikan, manifesto BN menyenaraikan bantuan 'one-off' RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti, menaikkan geran sepadan untuk Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysain (SSPN) kepada RM1,000, meningkatkan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50 dan tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit

Manfaat kepada golongan Felda pula adalah insentif RM5,000 untuk setiap peneroka, geran tanam semula RM7,500/hektar untuk peneroka, melupuskan hutang pembelian saham FGV untuk peneroka, RM300 juta untuk perlupusan hutang luar biasa untuk peneroka dan RM300 juta untuk mewujudkan komuniti pintar dan eknomi setempat di bawah Felda 2.0.

Manifesto BN turut menyentuh perihal cukai dan akan membuat penyemakan semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat, melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai, kadar pelepasan cukai pendapatan untuk kos perubatan ibu bapa dinaikkan dari RM5,000 keapda RM10,000 dan pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah

Dari aspek pendidikan, kad diskaun untuk pelajar diperkenalkan, menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP), memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis, akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dinaik taraf menjadi Universiti P Ramlee dan mewujudkan universiti al-Quran

Aspek keselamatan pula bakal menyentuh tentang usaha menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sempadan Malaysia, meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan dalam Esszone, menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), menubuh Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman dan menambah jumlah CCTV HD

'Pengorbanan' buat negara pula menitik beratkan Perjanjian Malaysia 1963 akan dipenuhi berdasarkan konsensus, tiada kategori "lain-lain" dalam borang atas talian kerajaan, menubuhkan jawatankuasa untuk memperkasa mahkamah syariah dan meningkatkan penglibatan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam dan universiti awam.

Selain itu, manifesto BN menyebut akan menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak, memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun dan menyiapkan MRT3, LRT3, KL-SIngapura HSR.

Bagi memastikan pentadbiran cekap Akta Pembiayaan Politik akan diperkenalkan selain memperkenalkan petisyen awam yang mewajibkan jawapan kerajaan jika mempunyai lebih daripada 30,000 penanda tangan atas talian.

Menubuhkan badan rasmi yang akan menyiasat dakwaan layanan tidak adil oleh agensi kerajaan dan mesyuarat majlis tempatan akan disiarkan di televisyen dan laporan audit akan dibuka untuk umum.

Manifesto BN menyentuh berkenaan keperluan belia pelajar, belia bekerja, keluarga, penduduk luar bandar, infrarakyat, perumahan, Sabah dan Sarawak, penjawat awam dan bermacam lagi. - Kedahnews.com

#JomBN 
#BersamaBN 
#DahulukanRakyat 
#HebatkanNegaraku
#UndiBN 
#ManifestoBN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com