Mampukan Radhi Mat Din "Menggelecek" Mahfuz Di Pokok Sena?


Bekas pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan, Muhamad Radhi Mat Din diumum sebagai calon muka baharu PAS bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula dipilih oleh Parti Amanah Negara (PAN) untuk mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya dua penggal berturut-turut.

Pertembungan antara bekas kapten dan bekas penolong jurulatih pasukan hijau kuning itu dengan Mahfuz serta usaha Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pokok Sena menjadikan kerusi itu semakin panas. 

Ia dilihat seperti pelawanan bolasepak kalah mati antara tiga pasukan peringkat darby atau liga daerah tempatan. 

Mahfuz, bekas Naib Presiden PAS, meninggalkan parti itu pada 31 Disember lepas setelah 34 tahun bersama PAS.

Mahfuz pada PRU ke-13 yang lalu memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena dengan  36,198 undi, menewaskan calon BN, Datuk Shahlan Ismail yang memperoleh 32,263 undi. PAS menang dengan kelebihan 3,935 undi.

Di padang, Radhi yang bermain di posisi tengah merupakan perancang sebelum membuat serangan dan mejaringkan gol seperti mana peranan pemain import Kedah sekarang, Liridon Krasniqi.  

Radhi, 53 dan Mahfuz, 61 adalah anak tempatan Pokok Sena tapi kerjaya amat berbeza.

Soalnya kini mampukan Radhi 'menggelecek' Mahfuz yang 'pandai berkata-kata' di pentas politik.

Namun Mahfuz juga perlu akur Radhi mempunyai peminat bolasepak yang ramai terutama anak-anak muda di Pokok Sena walaupun beliau bukan ahli politik sepenuh masa seperti lawannya.

Mahfuz sebelum ini meramalkan masyarakat akan menolak PAS pada PRU14 walaupun parti itu meletakkan bekas pemain bolasepak terkenal.

Beliau mendakwa penduduk Pokok Sena mahukan peralihan kuasa dan tentunya akan memilih pakatan pembangkang pada 9 Mei ini.

Radhi sebelum ini berkata  bersedia untuk membantu PAS Pokok Sena jika dipilih sebagai calon pada pilihan raya di kawasan itu nanti.

Pemain bolasepak itu menyertai dan menyokong PAS sejak lama dan sering berada di pentas dan program parti itu di Pokok Sena dan di seluruh negeri.

Namun demikian ramai juga mempersoalkan apakah Radhi sesuai bertanding di peringkat Parlimen - 
Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com