Malaysia Tidak Selamat Jika Hindraf Calon PRU


AWAS… Malaysia dan agama Islam tidak selamat di bawah mana-mana parti yang mencalonkan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, di mana pihak Hindraf berada, di situ beliau merasakan negara dan agama Islam tidak akan selamat lagi di Malaysia.

“Di mana Hindraf berada sebagai calon PRU, di pihak itu saya merasakan negara saya dan agama saya tidak selamat.

“Mana-mana pihak yang menjadikan mereka calon, saya merasa pihak itu akan mengancam kedamaian yang sekian lama wujud dalam negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan lalu mengumumkan Hindraf diterima sebagai rakan strategik Pakatan Harapan,

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Hindraf semalam meminta pakatan DAP itu memberi dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pertubuhan tersebut dalam PRU14.

Mohd. Asri dalam catatan di Facebook turut mengingatkan PRU pada kali ini bukan percaturan memilih parti politik antara yang terbaik dalam kalangan yang baik.

Sebaliknya, kata beliau, realititnya PRU14 adalah ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat.

“Apa yang kita perlu lakukan ialah memilih yang paling kurang bahaya.

“Mereka itu ‘ghuraba’ dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai ‘kehendak peribadi’ yang dihiasi dengan ungkapan ‘demi kepentingan rakyat’,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com