"Malaysia Muflis" Ciptaan Palsu Pembangkang Untuk Takutkan Rakyat


Kerajaan yang akan muflis tidak akan dapat menaikkan upah atau memberikan elaun khas kepada kakitangan awam serta menyalurkan  berbagai bantuan langsung dan tidak langsung kepada rakyat di bawah.

Tanpa kutipan cukai seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang hendak dihapuskan oleh pakatan pembangkang, juga tidak akan memboleh kerajaan menaikkan gaji serta elaun penjawat awam.

Dalam hal ini, dakwaan pembangkang bahawa Malaysia akan muflis dan mahu menghapuskan GST hanyalah ciptaan parti pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengharapkan sokongan rakyat bagi menyokong parti mereka.

Namun keberanian kerajaan melaksanakan GST pada kadar rendah (6 peratus) dan ditokok tambah dengan kenaikan harga minyak mentah serta kemasukan pelaburan luar kembali menstabilkan ekonomi negara hingga mencatat KDNK melebih enam peratus tahun 2017.

Semalam kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji kepada penjawat awam bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018.
Selain itu golongan pesara juga menikmati kenaikan pencen tambahan satu peratus.

Tidak ang dapat meramalkan pemberian kerajaan itu sebelum ini, namun ia memperlihatkan kemampuan kewangan semasa serta keyakinan kerajaan mengenai perolehan pendapatan pada masa depan.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk 1.6 juta penjawat awam dan pesara kerajaan perlu mengelak daripada termakan hasutan ke atas GST sedangkan hasilnya dipulangkan kepada rakyat menerusi pemberian bantuan tunai, pembangunan infrastruktur selain menambah baik skim perkhidmatan awam.

Pensyarah di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob yang dipetik daripada Utusan berkata, kewangan negara bertambah kukuh apabila GST dilaksanakan sejak tiga tahun lalu sekali gus membolehkan sembilan pemberian kepada penjawat awam dilakukan.

Pemberian yang membabitkan implikasi kewangan yang besar itu sekalgus t menepis tuduhan pemimpin Pakatan Harapan kononnya Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal dan bankrap.
Namun parti pembangkang terus berkempen untuk 'menyelamatkan Malaysia' bagi meraih simpati rakyat agar menyokong parti itu menjelang PRU14.

“Kita perlu menerima hakikat GST telah banyak membantu dalam menstabilkan ekonomi negara termasuk untuk penjawat awam, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. GST merupakan antara penyumbang terbesar pendapatan kerajaan selepas cukai pendapatan," kata Dr. Abu Sofian.

Sebelum ini DAP dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan akan mengurang dan memecat penjawat tinggi awam yang dilihat menyokong kerajaan yang memerinta.

DAP pula menyifatkan jumlah kakitangan awam negeri ini termasuk angkatan tentera dan polis di negara sebagai membazir dan mahu mengurangkannya sehingga 50 peratus. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com