Mahfuz Terus Serang PAS, Pertikai Sumber Kewangan Untuk Biayai PRU14


Bakal calon Parti Amanah Negara (PAN) Pokok Sena,  Datuk Mahfuz Omar belum puas lagi menyerang PAS.

Kali ini beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS mempertikaikan daripada mana PAS mendapat  sumber kewangan untuk membiayai calon dan parti itu yang akan bertanding lebih 150 kerusi Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Mahfuz berkata PAS sebelum ini tiada kemampuan kewangan besar untuk membiayai perbelanjaan pencalonan kerusi berkenaan.

 “Adakah ahli PAS sanggup bergadai untuk mencaai  sasaran yang tidak realistik? tanya Mahfuz yang mengesyaki  terdapat permainan lain di sebaliknya..

"Jika benar PAS hendak bertanding 160 kerusi Parlimen, deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15,000 untuk sebuah kerusi Parlimen.

“Manakala untuk belanja pilihan raya sahaja sekurang-kurangnya sebanyak RM100,000 bagi sesebuah kerusi.

“Maka secara keseluruhan yang diperlukan ialah paling kurang sebanyak RM18.4 juta,” katanya sepati yang Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, sekiranya perbelanjaan pilihan raya PAS mencapai had maksima yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) RM200,000, maka untuk 160 kerusi Parlimen, ia akan mencecah RM34.40 juta.

Sebelum ini Mahfuz mendakwa tiga pemimpin PAS Terengganu menerims sejumlah wang daripada UMNO. 

Tuduhan tanpa bukti itu menyebabkan PAS Terengganu bercangang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com