Mahfuz Jadikan Ceramah Sebagai Pentas Hentam Pas


Dendam dan kebencian Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar terhadap Pas dilihat makin membuak-buak apabila menjadikan pentas ceramah dihadirinya sepanjang kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini sebagai tempat untuk menghentam parti itu habis-habisan.

Beliau merupakan calon PKR Parlimen Pokok Sena telah bersama Pas selama 34 tahun itu mengambil keputusan keluar daripada parti tersebut pada Januari lalu telah tergamak menuduh Pas bermain sandiwara politik dengan cuba membantu UMNO pada PRU kali ini.

Bahkan, beliau turut mengajak penyokong Pas supaya memberi pengajaran dan menghukum parti itu dalam pilihan raya nanti.

Kata Mahfuz, dia kasihan melihat ahli-ahli Pas yang bekerja bertungkus lumus mendapatkan kemenangan untuk Pas namun akhir sekali kerusi tersebut akan dijul kepada UMNO.

Selain Pas, Mahfuz turut menjadikan pentas ceramah sebagai modal menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) selain mengulangi janji-janji manis untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pun begitu, sehingga hari ini gabungan pembangkang PKR itu masih belum dapat mengemukakan alternatif mereka bagi mengantikan cukai berkenaan.

Dilihat rata-rata ceramah yang di buat PH semakin hambar, ia mungkin atas faktor rakyat makin bosan dan muak dengan sikap pemimpin pembangkang yang suka menabur fitnah.

Selain itu, Mahfuz juga mengulangi skrip lama untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mendakwa negara sudah bankrap akibat kegagalan kerajaan sedia ada. - Kedahnews.com

#PakatanDap
#TolakHarapan
#UndiBN
#KekalBN
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com