Mahfuz Hina PAS "Pelapik Tiang," Tapi Ketua PAN Rayu Undi Ahli PAS


Pakatan Harapan Kedah masih belum yakin akan memenangi pilihan raya umum akan datang termasuk mengambil alih pentadbiran negeri ini.

Ketika pilihan raya semakin hampir, pemimpin Pakatan Harapan termasuk daripada Parti Amanah Negara (PAN) dilihat amat terdesak dan mengharapkan sokongan daripada ahli PAS.

Pengerusi PAN negeri, Datuk Ismail Salleh ketika bercucap pada pelancaran jentera Pakatan di Parlimen Kuala Kedah Jumaat lalu mengharapkan PAS untuk bersama Pakatan bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional..

"Saya harap kawan-kawan saya (PAS) akan membantu Pakatan," kata Dr. Ismail yang sebelum ini merupakan ADUN dan Exco kerajaan PAS negeri Kedah. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam ceramahnya yang disiarkan dalam FB menyifatkan PAS sebagai parti "pelapik tiang" kepada UMNO.

Mahfuz yang menyertai PAN baru-baru ini turut mendakwa PAS juga 'makan hasil' daripada UMNO dan mengamalkan 'cash is king' seperti mana yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walaupun membuat berbagai dakwaan terhadap PAS dan pucuk pimpinan parti itu, Mahfuz juga masih merayu kawan-kawannya daripada PAS untuk bersama Pakatan Harapan.

"Saya tidak memusuhi ahli dan penyokong PAS," kata Mahfuz yang juga dilihat terdesak untuk mendapatkan sokongan walaupun menyifatkan PAS sebagai parti  "pelapik tiang" kepada UMNO. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com