Mahfuz Dicabar Radhi Mat Din Bertanding Di Pokok Sena


ALOR SETAR - Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini memegang kerusi Parlimen Pokok Sena bakal dicabar hebat bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kedah, Radhi Mat Din yang diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Radhi, 53, diumumkan sebagai dua muka baharu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, Alor Setar, malam semalam.


Radhi dijangka akan memberi saingan hebat kepada Muhfuz yang akan bertanding di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN) selain Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, pencalonan seorang lagi muka baharu iaitu ahli farmasi, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, disebut sebagai calon Parlimen Kuala Kedah yang terdahulu disandang Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi pula disebut akan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur yang ditinggalkan bekas Exco kerajaan negeri PAS sebelum ini, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Phahrolrazimerupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah sebelum ini tidak mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kundor yang disandangnya sejak pada 1999, 2008 dan 2013 apabila diumumkan sebagai calon PAN bagi kerusi DUN Alor Mengkudu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com