Mahdzir Khalid Ditentang Calon PAS, Gabungan Pembangkang PKR Di Padang Terap


PADANG TERAP - Perebutan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum kE-14 (PRU14) pada kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), gabungan pembangkang PKR dan PAS.

Calon BN menampilkan Datuk Seri Mahdzir Khalid sementara Mohd. Khairizal Khazali Mohamad mewakili gabungan pembangkang PKR dan Azam Abd. Majid @ Aziz dari PAS.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Padang Terap, Fatullah Suhaimi Ismail mengistiharkan semua calon bertanding selepas tempih bantahan tamat pada pukul 10 pagi tadi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang juga menampilkan persaingan tiga penjuru antara Datuk Badrol Hisham Hashim selaku calon BN, Syed Fadzil Syed Embun daripada gabungan pembangkang PKR dan Munir Zakaria calon daripada PAS.

Manakala bagi DUN Pedu pula bakal menyaksikan pertembungan antara Kama Noriah Ibrahim daripada BN, gabungan pembangkang PKR mempertaruhkan Hashim Idris  dan Mohd. Radzi Md. Amin daripada PAS.

Pada PRU lalu, Mahdzir menang dengan majoriti 4, 442 undi di kerusi Parlimen Padang Terap.

Di DUN Kuala Nerang, Badrol Hisham memperolehi majoriti 1,997 manakala Kama Noriah menang dengan majoriti 2,960 undi di DUN Pedu. - Kedahnews.com

#Tsunamibiru
#BersamaBN


#UndiBN


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com