Mahathir Tanya Adakah Dia Juga Penyamun? Ini Jawapan Anwar, Mat Sabu


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bertanya sama ada beliau merupakan seorang penyamun ketika berkuasa sebelum ini.

Bercakap dalam satu forum di Putrajaya, Mahathir mengemukakan persoalan tersebut dan meminta supaya ianya dikaji terlebih dahulu.

"Kalau perdana menteri semuanya penyamun, nak tukar buat apa? Tapi kajilah dulu. Apakah semua perdana menteri penyamun? Adakah Tunku Abdul Rahman penyamun? Tun Razak penyamun, Tun Hussein penyamun?

"Adakah Mahathir pun penyamun juga?," tanya beliau semalam, memetik laporan portal berita pro-Pakatan Harapan.

Berikut di bawah adalah kenyataan beberapa pemimpin politik, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang Mahathir yang kini menjadi sekutu kuat beliau dalam usaha beliau kembali berkuasa di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan rakan seperjuangannya, mendiang Karpal Singh juga sebelum ini mempersoal pelbagai skandal penyelewengan yang melibatkan berbilion-bilion ringgit wang negara yang "lesap" ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. - Kedahnews.com





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com