Mahathir Pula Buat #FakeNews Mengenai Pengundi Hantu Dari Bangladesh


Mahathir kini sudah nyanyuk sepenuhnya bila mengulang semula cerita basi mengenai pengundi dari Bangladesh. Entah dia ingat ke tidak, isu pengundi hantu dari Bangladesh ini sudah dinafikan pun oleh pemimpin pemimpin pembangkang. 

Namun Mahathir mengulang balik cerita basi itu dalam ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan pada 21 April 2018.

"Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.

"Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi," kata Mahathir. Anwar dah lama buat pusingan "u turn" pasal isu pengundi Bangla ini. 

“Kami telah menyemak di mana ada disebut tentang pendaftaran 40,000 warga Bangladesh dan kami langsung tidak jumpa bila-bila masa saya mendakwa sebegitu" kata Anwar pada 20 November 2013. 

Anwar lupa sebelum itu dia pernah tuduh begini ""Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT," dalam Suara Keadilan, 2 Mei 2013. 

Video Anwar Ibrahim bercakap begitu boleh dilihat di pautan ini : 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1736552736439675&id=1122306847864270

Anwar pun sudah kantoi berbohong pasal pengundi Bangla ini, kini Mahathir pula hendak pakai isu yang basi ini. Nampak sangatlah, Mahathir sudah terdesak sungguh. 

Maria Chin, Pengerusi Bersih pun sudah mengaku tiada Bangla dan Blackout. Ini yang Maria Chin sebut pada 2013 "Tiada? Tiada "blackout". Kami juga tidak tahu bagaimana isu pengundi luar ini. Ada beberapa laporan berkaitan tetapi kami tidak nampak ianya berlaku".

Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang juga mengakui tiada kisah pengundi Bangla. "As far as i know, there were no foreign voters and blackouts, so i concur with their (Pemantau) view" kata Ong Kian Ming. 

Mahathir nampaknya sudah tertinggal bas. Masih lagi hendak buat #TsunamiPHitnah" terhadap Barisan Nasional. Tiada tsunami Melayu, tiada tsunami Cina tetapi yang ada adalah #TsunamiPHitnah" untuk terus kelirukan rakyat dan pengundi. 

Sumber: BeruangBiru

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com