Mahathir PM “Sementara” Untuk Urus Hal Peribadi Saja , Siapa Menteri Kabinet “Mampuih Pi La”


Semalam beberapa pemimpin UMNO telah memberi kenyataan betapa Lim Guan Eng berkuasa menentukan siapa yang akan menjadi menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan jika berkuasa di Putrajaya.

Dalam keghairahan berkempen , Lim secara tanpa sedar implikasi , telah mengistihar Nga Kor Meng sebagai salah seorang menteri kabinet Pakatan Harapan.

Sebelum ini dia telah mengistihar Liew Chin Tong sebagai menteri juga jika Liew berjaya tumbangkan Timbalan Presiden MCA , Datuk Wee Ka Siong.

Maka dua orang sudah dalam senarai kabinet Tun Mahathir , jika PH menang .

Namun , yang menjadi isu ada lah betapa berkuasa nya LGE kerana mengumumkan nama menteri dalam kerajaan PH mendahului Perdana Menteri nya.

Selain menonjol kan hal sebenar DAP lah yang berkuasa dalam PH , ia juga menonjol kan betapa “tunggul” kayu nya Tun Mahathir dalam PH.

LGE hanya perlukan pentas ceramah sahaja dan tidak perlu rundingan dengan sesiapa pun untuk menyelitkan nama menteri kabinet.

Sebalik nya , Tun Mahathir tiada kuasa apa apa pun nanti untuk menentukan siapa menteri kabinet nya.

Sedari awal kita sudah ketahui bahawa Tun Mahathir seperti kanak kanak kehilangan barang mainan nya , dan setelah menangis meraung raung dapat semula barang mainan nya lalu cukup itu sahaja dan tidak peduli yang lain.

Banyak barang mainan yang Tun Mahathir kehilangan , antara nya PROTON yang di gagal kan selama 30 tahun , Independant Power Plant (IPP) kroni nya yang di rampas oleh 1MDB untuk kembalikan kepada rakyat , lesen lesen bakal “expired” yang perlu di sambung dan kroni kroni malang yang mahu bantuan.

Anak tidak dapat naik penyambung kegasi pun antara kepentingan peribadi.

Kroni liar dan yang lari tidak dapat di kawal jika anak tidak berkuasa.

Malah ada kroni sudah file muflis di India dan kedai roti yang sudah melingkup.

Maka , jika Tun Mahathir boleh dapat semula barang mainan nya jika DAP berkuasa , apa perlu sangat dia ambil tahu siapa menteri kabinet nya, kerana dia “Perdana Menteri Sementara” sahaja.

Ini lah perjanjian setan antara Lim kit Siang dengan Mahathir.

Asal kan DAP dapat bodohkan Melayu dengan tipu daya perguna Melayu skru Melayu sudah memadai.

Tun Mahathir dan DAP berkongsi musuh walaupun agenda berbeza.

DAP dengan agenda Singapura nya sejajar New World Order dan Mahathir dengan tidak habis habis projek , duit, legasi dan kroni.

Maka , Mahathir di izinkan punggah apa yang patut punggah dalam masa singkat satu tahun setengah sebelum DAP sambung memerintah orang melayu melalui badut melayu nya.

Jadi apabila LGE menyebut nama menteri kabinet nya , Mahathir “act stupid” kerana matlamat nya bukan agama , bangsa dan tanahair , tetapi diri sendiri.

Sebutan rakyat atau mahu selamatkan negara ada lah slogan di bibir sahaja , sedang kan rasuah DAP , skandal terowong dan pesta arak pun Tun M tidak berani bersuara.

Tun M mencipta persepsi negara rosak walau keadaan realiti tidak benar ,ekonomi pesat , pelabur masuk , rakyat banyak dapat kerja, jumlah keluar negara berlipat ganda , penjualan kereta mewah mengalah kan kereta murah dan macam macam indikator lain.

Ploy Mahathir dan DAP ada lah beri gambaran negara rosak dan berlakon diri sebagai penyelamat.

Konon Negara sudah rosak walaupun tidak , dan Tun M dan DAP datang sebagai ‘knght in the shining armour”

Sambil itu cucu nya melepak di luar negara “every now and then” beli kucing mahal dan tas tangan yang mahal sambil menaiki bot.

Pada Tun M dapat jadi Perdana Menteri melepaskan hajat peribadi sudah memadai, hal lain tentukan menteri ka binet tu semua bak kata orang utara “mampuih pi la”.

Itu lah Mahathir.

#SinsofMahathir

#DosaMahathir

#JomBN

 Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com