Mahathir Lupa, Dia Pernah Kalah Pada PRU 1969.....


Selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa boleh menang di mana-mana kawasan Parlimen sekalipun, banyak pihak mencabar bakal perdana menteri sementara pakatan pembamgkang itu untuk bertanding  di Pantai Timur termasuk Parlimen  Kuala Terengganu.

Perlu disebut, Dr. Mahathir yang mewakili Parti Perikatan (kini BN) pernah kalah dengan calon PAS Allayarham Yusuf Rawa.di kawasan Kota Setar Selatan pada  pilihan raya umum 1969.

Jadi Dr. Mahathir tidak usahlah merasa bongkak dan sombong sedangkan keadaan usia beliau tidak lagi mewajarkannya untuk bertanding lagi.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim yang turut membuat cabaran itu menyifatkan Dr.Mahathir  sebagai angkuh menyataka keyakinan akan  menang bertanding di mana-mana kawasan..

"Jika betul Tun Mahathir fikir dia boleh menang di mana-mana pun, kita cabar supaya bertanding di Kuala Terengganu, "katanya yang dipetik daripada Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mukhyiddin Yassin juga membuat dakwaan yang sama, iaitu bersedia bertanding di mana ju kerana yakin pengundi akan menerima pakatan pembangkang pada PRU ini..
.
Menurut Ahmad Amzad, lagi beliau mlontrkan cabaran kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab dalam isu royalti petroleum Terengganu sehingga merencat keupayaan merancang pembangunan negeri.

Selain itu dakwa beliau, sebanyak RM 10 bilion wang Terengganu hangus dalam skandal Perwaja di zaman Tun Mahathir.

Katanya,  Kuala Terengganu nak beri isyarat kepada Mahathir bahawa rakyat  tidak redha walau sesen pun dari apa yang Tun Mahathir perlakukan terhadap Terengganu mengenai royalti minyak itu.

Diskriminasi menggunakan politik Dr. Mahathir itu telah memangsakan  rakyat Terengganu dan Kelantan yang majoriti orang Islam dan Melayu, katanya.

Namun Dr. Mahathir tetap memilih Pulau Langkawi pula pada PRU14.

 Apa akan berlaku kepada penduduk Langkawi jika Dr. Mahathir kembali berkuasa?

Hanya penduduk Langkawi sahaja yang boleh menentukan masa depan mereka selepas melihat 'kerakusan penjarahan tanah' penduduk kampung yang berlaku pada masa lalu. - Kedahnews.com
.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com