Mahathir Kini Seperti Datuk Hiburkan Cucu Agar Ketawa...


Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun kini tidak lagi bercakap berdasarkan “logical reasoning” seperti kebiasaan beliau dahulu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lebih gemar membuat andaian-andaian berdasarkan imaginasinya ketika berucap.

Ianya sudah seperti seorang datuk yang cuba menghiburkan cucu-cucunya supaya ketawa.

Bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata Dr. Mahathir juga kerap melakukan “slapstick joke” ketika berucap dengan mengejek dan melakonkan watak-watak tertentu yang membawa kepada gelak ketawa hadirin.

"Saya bukan memperlekehkan beliau tetapi anda nilaikanlah sendiri," kata Anina dalam Facebook beliau hari ini.
Beliau juga bertanya, "adakah “mahafiraun" kini telah bertukar menjadi Maharajalawak? (Memetik gelaran yang dibuat oleh PH sendiri)".

Anina turut mempersoalkan apakah watak-watak yang dibawa dan mahu dipertontonkan  kepada rakyat itu menunjukkan calon Perdana Menteri itu sudah berubah menjelang PRU14 ini.

"Adakah ini caranya Dr Mahathir mahu dikenang oleh rakyat Malaysia apabila beliau sudah tiada suatu hari nanti?" tanya Anina mengulas tuduhan terbaharu Dr. Mahathir terhadap Menteri Besar, Datuk Seri  Ahmad Bashah Md  Hanipah kononnya beliau telah 'menjual' tiga buah pulau di negeri Kedah kepada China.

Menurut Anina sejak akhir-akhir ini apabila Dr Mahathir  kerap membuat kenyataan yang tidak lagi berbunyi seperti MAHATHIR.

"Aspek penilaiannya dan pertimbangan kewajaran Dr M kerap membingungkan. Sesekali saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku kepada Dr Mahathir hari ini, " katanya.

Anina yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri itu  juga tertanya-tanya sama ada Dr Mahathir ini  masih sihat dan mampu berfikir seperti dulu hinggakan penilaian beliau terhadap sesuatu isu seperti tidak masuk akal dan mencurigakan.

Mahathir telah memfitnah Menteri Besar telah menjual tiga buah pulau di perairan Yan kepada pelabor China ketika berucap pada satu ceramah politik di Guar Chempedak, dekat Yan baru-baru ini.

"Bagaimana Dr Mahathir mendakwa beliau tahu tentang penjualan tersebut sedangkan beliau sendiri tidak tahu nama pulau-pulau tersebut." kata Anina lagi.

Pada ucapan itu Mahathir hanya menyebut Pulau Telor dan lupa dua nama buah pulau lagi.

Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar yang menyifatkan dakwaan sebagai tidak masuk akal  mencabar Mahathir menunjukkan bukti dan menamakan pulau berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com