Mahathir Kini Berada Di Bawah 'Kuasa' Anwar


Bekas Menteri Kewangan,Tengku Razaleigh Hamzah berkata apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri kini kembali kepadanya semula.

" Jika dahulu bekas Perdana Menteri itu mengharamkan UMNO, hari ini partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula telah diharamkan, " kata  Tengku Razaleigh.

Dalam hal ini, kata Tengku Razaleigh menyifatkan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Pengerusi Pakatan Harapan telah menerima 'hukum karma' apabila perkara buruk yang dilakukan ketika pemerintahannya dahulu telah kembali kepada dirinya sendiri.

Apa yang pelik, kata Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang,  Dr. Mahathir kini terpaksa berada di bawah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang dibuangnya sebelum ini.

“Benda yang dia buat dulu sekarang telah kembali itulah karma. Dia tidak sangka benda ini boleh timpa dia balik, dia usaha untuk haramkan UMNO sekarang parti dia sendiri diharamkan.

“Dulu selepas UMNO dihidupkan kembali, macam-macam syarat dikenakan oleh Dr. Mahathir, undi bonuslah, sampai orang muda tidak ada dalam UMNO hari ini.

 Sekarang perlembagaan telah ditukar, UMNO kembali menjadi demokratik, memberi peluang kepada semua untuk bertanding, " kata Tengku Razaleigh yang hanya kalah tipis  (43 undi) kepada Dr. Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden yang  sengit pada April 1987.

“Dr. Mahathir mahu kekalkan kuasa, bukan demokratik tetapi kuku besi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ku Li di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang di Kelantan semalam.

Khamis lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  (RoS) memerintahkan PPBM dibubar sementara selama 30 hari kerana melanggar akta pertubuhan.

Oleh kerana Pakatan Harapan tidak boleh didaftar, gabungan pembangkang yang diterajui DAP itu terpaksa memilih logo atau simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk vertanding pada PRU14 ini.

PKR diasaskan oleh Anwar selepas Dr. Mahathir menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada 1998. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com