Mahathir Kata PAS Tak Boleh Menang Pilihan Raya

ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusaha kembali berkuasa menegaskan bahawa PAS tidak mungkin akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Mahathir yang kini sanggup bersekongkol dengan DAP yang sebelum ini disifatkan sebagai anti-Islam dan rasis itu mendakwa bahawa PAS mungkin hanya menang sedikit sahaja kerusi yang dipertandingkan nanti.

"Saya dengar PAS nak bertanding sampai 100 tempat.. 100 kawasan. Mana boleh menang...

"Dulu pun bila PAS bertanding bersendirian, habis banyak boleh menang 11 kerusi. Ini nak bubuh sampai 100 pasal apa? Pasal nak kacau..," kata Mahathir dalam ceramahnya di Perlis, baru-baru ini.

Meskipun dinafikan PAS sekeras-kerasnya sebelum ini, Mahathir tetap mendakwa parti itu kini cuba membantu Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan pada PRU ke-14, sekali gus mengganggu agendanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Justeru itu, Mahathir mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memberi undi kepada PAS pada pilihan raya nanti.

"Jangan undi Bulan (PAS)," pesan sahabat baik Lim Kit Siang itu.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan bahawa PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi parlimen pada PRU ke-14 nanti, selain akan menandingi hampir keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

PAS sebelum ini teruk dihentam Mahathir sebagai penghalang kepada Pakatan Harapan untuk merampas kuasa daripada BN meskipun parti itu berkali-kali mempelawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bersama Gagasan Sejahtera.

Namun begitu, Mahathir membuat keputusan untuk bersekongkol dengan DAP, PAN dan PKR di dalam Pakatan Harapan, meskipun semua parti dan pemimpin dalam parti berkenaan merupakan musuh-musuh ketat politiknya selama puluhan tahun.

Selain itu, PAS juga dilihat akan dikecam lebih hebat oleh Mahathir selepas PRU ke-14 nanti kerana dijangka BN akan kekal menjadi pilihan majoriti pengundi di negara ini.

Sehingga kini, PAS masih teguh dengan pendirian mereka untuk mengetuai Gagasan Sejahtera serta tidak rela membiarkan parti yang disifatkan anti-Islam dan rasis membentuk kerajaan bersama Mahathir yang dilihat berpotensi sebagai "boneka sementara". - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com