Mahathir Juga Akan Senasib Seng Giaw Jika DAP Perintah Negara?


Tindakan DAP menggugurkan anggota Parlimen DAP kawasan Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), membuktikan parti tidak boleh menerima teguran pemimpinnya sendiri.

Bayangkan jika pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini memerintah jika menang PRU14, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga akan disingkirkan jika membuat sesuatu keputusan tanpa merujuk kepada parti itu.

Nasib yang sama juga akan menerima pemimpin parti lain daripada  PKR, PAN dan PPBM.
Seng Giaw, 75, yang menjadi Anggota Parlimen Kepong sejak 1982, digantikan Lim Lip Eng, yang sejak dua penggal lalu menjadi Anggota Parlimen Segambut.

Menurut laporan Bernama, pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa berucap pada taklimat khas pilihan raya kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam. 

Seng Giaw yang merupakan pemimpin  kanan DAP dan dilantik Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Awam (PAC) mempertahankan kebenaran tentang isu 1MDB.

Walaupun Naib Pengerusi DAP itu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak tidak terbabit secara langsung dalam 1MBD, tetapi pihak pembangkang masih memutarbelit dan berulangkali membohongi rakyat.

Beliau juga turut menegur kerajaan pimpinan Lim Guan Eng tentang penjagaan alam sekitar di Pulau Pinang ekoran kejadian tanah runtuh dan banjir besar yang sering melanda Pulau Pinang.

Pada PRU14 ini, ramai lagi bekas ADUN dan Ahli Parlimen DAP yang tidak sebulu dengan pucuk pimpinan DAP dijangka tidak akan disenaraikan lagi oleh DAP. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com