Lima Jenis Calon PRU Perlu Ditolak Umat Islam!


KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail menyampaikan lima pesanan kepada seluruh umat Islam yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Menurut beliau, pesanan itu amat penting untuk dipegang oleh umat Islam dalam membuat penilaian terhadap parti dan calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing pada 9 Mei 2018.

Beliau memberi pesanan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan calon PRU14 seperti berikut:

– Calon-calon liberal dan pro liberal.

– Calon-calon sekular dan pro sekular.

– Calon-calon anti hadith dan pro anti hadith.

– Calon-calon anti syariah dan mahkamah syariah.

– Calon-calon yang terlibat dengan rasuah.

“Pilihlah calon-calon dan parti yang bersih dari semua penyakit-penyakit di atas,” pesan beliau dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun tidak menyebut secara langsung calon atau parti dimaksudkan, umum mengetahui dengan jelas ia ditujukan keatas Pakatan Harapan.

Ie berikutan Pakatan Harapan turut dibarisi oleh parti DAP yang sering membantah syariat Islam dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar memperlekehkan hadis.

Beberapa tokoh Islam pernah menyenaraikan fakta mengapa DAP boleh dianggapi sebagai parti anti-Islam.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia pula pernah mengeluarkan hujah agama yang memperlekehkan sunnah nabi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpalit dengan skandal rasuah banglo mewah dan terowong dasar laut. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com