Lepas Sembelih, Suami Selamba Pegang Kepala Isteri Buang Di Tempat Sampah


SEORANG lelaki dirakam berjalan dengan selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal.

Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Zhang, 31, dituduh menyembelihnya di flat kediaman mereka, dalam kejadian di China.

Dia dipercayai keluar dari pintu depan rumahnya bersama kepala isterinya dan kemudian membawanya ke pusat pemindahan sisa untuk membuangnya.

Kejadian itu berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China.

Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis.

Mayat Xia, 28, dijumpai tanpa kepala di dalam flat tempat dia dan suaminya tinggal, dengan Zhang kemudian ditangkap atas tuduhan membunuh.

Pasangan itu berasal dari utara China, kata pihak berkuasa daerah Haizhu dalam satu kenyataan umum.

CCTV juga muncul menunjukkan saat-saat ketika Zhang keluar dari pintu depan bangunan flatnya sambil memegang kepala isterinya menggunakan tangan kirinya.

Seorang lagi lelaki tidak dikenali turut dilihat menemaninya ketika dia berjalan dengan tenang di sepanjang jalan lorong sebelum melupuskan kepala pasangannya. 

Sumber: MetroUK

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com